ku di sini


babday kek??
Januari 21, 2008, 1:36 pm
Filed under: Tiada Kategori

malam tadik angan2 mok singgah di sikret resipi meli babday kek.. kak ya bagik ngan zatil…

tapi memandangkan dah terpaksa beli hadiah bateri keta baru.. tok ajak la jadi babday kek… roti kayben

roti kayben



babay…
Januari 21, 2008, 1:17 pm
Filed under: Tiada Kategori

babday datang lagik..

mcm selalunya.. sorang2 juak…

pagi2 lagik keta dah buat hal..

enjin sik dapat stat..

tipon pomen, kenak cas rm35

beli bateri baru.. terbang lagik 160

baruk mok angan2 bayar cukai pintu…

ya kali hadiah babday kali tok… “BATERI KETA BARU”



kek karot
Januari 12, 2008, 12:03 pm
Filed under: resipi

yum..yum… tingin nak buat laa…  

Carrot Cake and Cream Cheese Frosting Recipe

Ingredients
1 cup mazola oil
1 tsp. salt
1 tsp. soda
1/4 tsp. salt
2 cups flour
2 cups white sugar
2 tsp. baking powder
2 tsp. cinnamon
3 cups grated carrots
3 Tbsp. mazola oil
3-1/2 cups icing sugar
4 eggs (well beaten)
8 oz. Cream cheese(soften at room temperature)
Cake:
Frosting:
nuts, chopped (optional

How To Make Carrot Cake and Cream Cheese Frosting

Easy Recipe Directions:

Cake: Add sugar gradually to mazola oil. Beat well after each addition. Add beaten eggs gradually to sugar and oil mixture. Beat well until smooth and fluffy. Sift dry ingredients and add gradually. Add carrots and nuts and floured. Bake 325F for approximately 1 hour. Cool 20 minutes before removing from pan. Leave cake upside down on cooking rack until completely cool. Frosting: Cream cheese, blend in oil and icing sugar and salt. Mix until smooth. Spread over entire cake. Half of this frosting recipe will be sufficient to cover entire cake.


especially for ABANG
Januari 2, 2008, 1:26 pm
Filed under: Tiada Kategori

thank bang.. for everything..

luv u..



2008 mai dah..
Januari 2, 2008, 11:29 am
Filed under: Tiada Kategori

selamat tahun baru 2008 utk semua

mlm thn baru aku duduk rumah jak ngan zatil..

konon mauk nangar tb, tapi astro sik dapat bukak.. ujan sepanjang hari sampe malam…

last2..  masuk bilit.. tido lagi bagus…

semoga taun baru tok memberi rezeki baru utk aku n my dearest hubby….



70 an
Disember 31, 2007, 5:28 pm
Filed under: Tiada Kategori

ari tok aku diperkenalkan dgn 1 group thn 70 an… smokie…



benazir mati ditembak
Disember 28, 2007, 1:22 pm
Filed under: berita dunia | Label:

Benazir Bhutto dalam kenangan: Tokoh wanita Islam terulung


TINGGAL KENANGAN: Benazir bersama suami, Asif Ali dan anak perempuan, Assefa pada 13 Januari 1995.

Hasrat pemimpin PPP kembali berkuasa di Pakistan tidak kesampaian

BENAZIR BHUTTO mengikut jejak bapanya untuk menceburi politik dan kedua-duanya terkorban kerananya. Bapanya, Zulfikar Ali Bhutto, Perdana Menteri Pakistan pada awal 1970-an, dihukum mati di tali gantung pada 1979, manakala Benazir terbunuh dalam serangan pengebom bunuh diri, semalam.

Dua saudara kandungnya – Murtaza dan Shahnawaz – juga mati akibat keganasan. Seperti keluarga Nehru-Gandhi di India, keluarga Bhutto di Pakistan juga terkenal dengan wangsa politiknya.
Dilahirkan pada 1953 di wilayah Sindh dan mendapatkan pendidikan di Universiti Harvard dan Oxford, Benazir mewarisi kepercayaan rakyat yang banyak dipupuk oleh bapanya.

Walaupun pada mulanya Benazir berasa berat hati untuk memasuki politik, beliau muncul dua kali sebagai perdana menteri dengan penggal pertama dari 1988 hingga 1990 dan kedua dari 1993 hingga 1996.

Dalam kedua-dua penggal beliau dipecat oleh presiden atas dakwaan terbabit dengan rasuah. Kerjaya politik Benazir banyak mengalami tempoh turun dan naik.

TERIMA TETAMU: Benazir dan suami menyambut ketibaan Presiden Palestin, Yasser Arafat di Islamabad pada 13 September 1996.

Popularitinya memuncak ketika beliau kali pertama menjadi Perdana Menteri, Benazir disanjung di seluruh dunia sebagai antara pemimpin wanita terulung.

Ketika usia muda dan masih jelita, Benazir menonjolkan dirinya dengan imej yang segar berbanding persekitaran politik yang banyak didominasi lelaki separuh umur.

Bagaimanapun, selepas kejatuhannya daripada kuasa pada penggal kedua, namanya banyak dikaitkan dengan rasuah dan pentadbiran lemah.

Benazir dikenali dengan azam yang tinggi dan kekerasan hatinya selepas menyaksikan bapanya dipenjara dan didakwa atas tuduhan membunuh oleh Jeneral Zia ul-Haq pada 1977 yang meneraju kerajaan selepas rampasan kuasa.

MENGAMUK: Sekumpulan penyokong Benazir membakar bas di Karachi selepas bekas Perdana Menteri itu terbunuh kerana serangan bunuh diri, semalam.

Benazir dipenjara sejurus sebelum bapanya dihukum mati pada 1979 dan menghabiskan sebahagian besar daripada hukuman penjara lima tahun itu dalam penahanan bersendirian.

Ketika dapat keluar penjara untuk dirawat di hospital, Benazir menubuhkan pejabat Parti Rakyat Pakistan (PPP) di London dan melancarkan kempen untuk menggulingkan Jeneral Zia.

Beliau kembali ke Pakistan pada 1986 dan berjaya menarik sokongan besar pada rapat umum poilitik yang dianjurkan oleh partinya.

Selepas kematian Jeneral Zia dalam satu letupan atas pesawat yang dinaikinya pada 1988, Benazir menjadi antara perdana menteri wanita pertama yang dipilih secara demokratik di negara Islam.

Dalam kedua-dua penggal beliau sebagai Perdana Menteri, peranan dimainkan oleh suaminya, Asif Ali Zardari banyak menimbulkan kontroversi.

Asif Ali memainkan peranan penting dalam kedua-dua penggal pentadbiran Benazir dan dituduh ‘mencuri’ berjuta-juta duit kerajaan.

Tuduhan itu dinafi keras oleh Asif dan Benazir. Ramai penganalisis politik berpendapat kejatuhan Benazir banyak disumbang oleh sikap tamak suaminya itu.

Namun, selepas 10 tahun, tidak satu pun daripada 18 tuduhan rasuah terhadap Asif Ali dibuktikan di mahkamah. Bagaimanapun, Asif Ali menghabiskan lapan tahun di penjara sementara kesnya dibicara.

Beliau dibebaskan pada 2004 selepas diputuskan mahkamah tuduhan terhadapnya adalah lemah.

Benazir sendiri menghadapi sekurang-kurangnya lima tuduhan rasuah, semuanya tidak diputuskan oleh mahkamah sehingga beliau menerima keampunan pada Oktober 2007.

Ketika tempoh menghadapi tuduhan rasuah, Benazir hidup dalam buangan di Dubai dengan tiga anaknya sebelum disertai Asif Ali pada 2004.

Benazir kembali ke Pakistan pada 18 Oktober selepas Presiden Pervez Musharraf menandatangani undang-undang memberi pengampunan kepada beliau.

Pada sambutan kepulangannya di Karachi, konvoi yang membawa Benazir diserang penyerang bunuh diri tetapi beliau terselamat. Kali ini, beliau menemui ajal di Rawalpindi dan warisan politik bapanya berakhir. – Agensi

PROFIL: Benazir Bhutto

Tarikh Lahir: 21 Jun 1953

Bapa: Zulfikar Ali Bhutto (Pengasas Parti Rakyat Pakistan (PPP) yang juga Presiden dan Perdana Menteri Pakistan dari 1971 hingga 1977)

Suami: Asif Ali Zardari

Pendidikan: Ijazah dalam bidang Politik (Universiti Harvard dan Universiti Oxford)

Kerjaya Politik:

1979: Memimpin PPP

1988: Perdana Menteri Pakistan

1990: Dilucutkan dari jawatan atas dakwaan rasuah

1993: Dilantik semula sebagai Perdana Menteri

1999: Bersama suami dihukum penjara lima tahun atas dakwaan penyelewengan. Bagaimanapun ketika dakwaan mereka berada di luar negara dan mengambil keputusan untuk tidak pulang ke Pakistan

2006: Menyertai perikatan bagi pemulihan demokrasi di Pakistan bersama Nawaz Sharif. Bagaimanapun kedua-duanya tidak bersependapat dalam soal rundingan bersama Presiden Pervez Musharraf.

2007: Kembali ke Pakistan selepas berada dalam buangan selama lapan tahun.



usaha lagi
Disember 26, 2007, 5:31 pm
Filed under: usaha ku berjaya??

mak kol tadik…

merik petua dari bini usu pawi..

makan nanas mudak ngan togeh.. campo pusuk sikit..

makan dalam 3 kali sebulan.. nor usu pawi usaha.. sik sampe setahun.. berjaya..

aku pun mok coba juak…

mak pesan minum aik yasin n aik ratep ya n berniat mohon dapat capai hajat di hati



aloha
Disember 26, 2007, 5:21 am
Filed under: Tiada Kategori

aloha utk semua..

luahan rasa hati dan sanubari..




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.